Wednesday, May 6, 2015

penyimpan porno kanak2 vs ketua pelajar UM yg lantang

Assalam...

Apa yg terjadi kt negara aku ni sekarang sgt2 mengganggu fikiran. Dgn mcm2 kenyataan bodoh dikeluarkan menteri2 yg sepatutnya membela nasib rakyat, dgn kenaikan kos hidup yg semakin membebankan, dgn kejadian lumba haram yg mengorbankan tiga sekeluarga kt highway DUKE. 

Aku pasti, ramai jugak yg berperasaan mcm aku n merasakan sudah tidak guna membuka mulut dan biarkan saja pihak tertentu mengambil tindakan sendiri utk menyelesaikan perkara2 ini.

Tp, bila aku terbaca pasal kejadian student genius oversea yg dibela MARA dgn alasan dia adalah aset negara, marah aku mcm dh xboleh dibendung lg.

Kesalahan budak genius tu bukanlah kesalahan mencuri lolipop atau handbag di shopping mall. Ataupun kesalahan download movie biasa secara free. Tp kesalahan dia tu dh jelas menggambarkan keadaan mentalnya yg boleh membahayakan masyarakat seantero dunia.

Tidakkah pihak MARA, atau sesiapa pun dlm kerajaan msia pernah terfikir, apa bakal terjadi sekiranya aset negara ini dibiarkan bebas bercampur dgn manusia normal lain? Apatah lg kanak2 yg tidak tahu apa2.

Tahukah anda apa yg terjadi kepada mangsa penderaan seksual kanak2? Kesannya terhadap mereka? Kesannya ialah, ianya mengganggu mental sehingga ke akhir hayat mereka. Malah ada yg mengambil keputusan menamatkan sendiri hayat mereka selepas imej2 kejadian yg menimpa mereka tidak dpt dibuang dr kotak fikiran.

Ada juga yg masih menangis teresak2 setiap kali teringat kejadian ketika ditikar sembahyang. Bg yg tidak tahu apa perasaannya, bayangkan trauma dirompak atau diragut, dan gandakan dgn 100, itulah trauma yg dihadapi mangsa serangan seksual kanak2.

Dan trauma ini adalah lebih sukar dihadapi apabila pelakunya adalah terdiri dlm kalangan darah daging sendiri. Lebih parah apabila ahli keluarga lain yg mengetahuinya hanya berdiam diri dan menuduh mangsa sebagai mengada2 kerana terlalu memikirkan apa yg terjadi.

Aku harap, menteri2 dan juga org2 MARA ini bayangkanlah, kalau salah satu drpd rakaman yg disimpan aset negara itu adalah rakaman anak kecil mereka yg dirogol atau dipaksa melakukan hubungan seks. 

Hantarlah aset negara itu ke yaman, mekah, atau mana2 saja asalkan dia mendapat didikan agama, bukan bawanya pulang ke msia dan merisikokan org lain.

Tak nampakkah memang ada sesuatu yg tidak kena apabila ketua pelajar di UM dibuang U hanya kerana dia menyuarakan pendapatnya ttp seorang pelajar yg mmg mempunyai masalah mental dibiarkan bebas ditaja?

Monday, April 13, 2015

Despatch-project manager-reporter-fruit picker-driver

Assalam....

Pastinya ramai yg tersenyum sinis melihat tajuk posting aku pada kali ini, dan terdetik di dalam hati mereka, 'padan dgn muka kau, dh elok2 hidup senang kau pilih jalan susah'...

Ehem.. Ehem... Berapa pastikah engkau yang hidup aku sekarang susah?

Tahukah engkau beza antara hidup susah dan senang?



Nanti kau akan tau juga akhirnya.

Cuma sekarang yang aku nk timbulkan adalah, kenapa aku pilih jalan ini sedangkan dulu pun aku pernah laluinya...

Rakan2, pada aku, senang itu bukanlah dapat dinilai dr segi harta. Bagaimana dgn masa? Bagaimana dgn diri kita? Senangkah kita mempunyai gaji tinggi (walau bnyk hutang) tp ibu bapa yg uzur tidak terjenguk walau sekali sekala?

Senangkah kita, kalau memakai barangan tulen, limited edition, sedangkan hati rakan yg kurang berkemampuan terhiris dengan sindiran dr mulut kita?

Senangkah kita, dibenci orang bawahan sedangkan mereka sepatutnya menghormati kita?

Ya, dulu aku berkemampuan, tp, aku tak mampu sebenarnya. Aku tak mampu merendahkan diri dan meletakkan diri aku sebaris dgn rakan2 yg tidak berada di kedudukan aku pd ketika itu. Senang kata, aku lupa diri. 

Ayat yg selalu keluar dr mulut aku adalah, "ahhhhh... Semua org aku dh jumpa, eyyy.. Setakat mcm kau ni, xde bendelah"

"Ceh.. Apa barang spek tak original, aku punya spek beribu2 harga tau x?" <--- ayat ini, selalu bermain dlm hati, dan utk itu, aku taknak tersasar jauh lg. 

Aku xmau jd mcm mereka2 yg mencaci pemergian aku memetik buah tempohari.. Jelas sekali, kau tak pernah merasa dan berjumpa semua org lg..

Tak apalah, sekarang aku punya masa sekiranya ibu bapa aku minta mahu berjumpa, aku tidak pernah berlapar, dan kucing2 aku semuanya gembira. 



Dan yg paling utama, aku tidak lg perlu memikirkan betapa hinanya pekerja2 kelas bawahan. Pada aku, inilah kesenangan.. 😊


Thursday, March 12, 2015

Petik buah kat Aussie (kembara bekas wartawan) episod terakhir part 1.. Eh eh eh...

Salam...

Daripada Abu al Abbas berkata; aku mendengar Abdullah Bin Umar berkata, seorang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w meminta izin untuk pergi berjihad, sabda Nabi s.a.w “Adakah kedua ibu bapa engkau masih hidup ?” dia menjawab ya ! sabda Nabi s.a.w “Berkhidmatlah pada mereka berdua kerana itu juga adalah jihad”



Aku tak igt mana aku jumpa ni, tp aku terjumpa ayat ni masa aku berbelah bagi sama ada nak blk or nk stay hari tu..

Btw, ini dh hari ke 5 aku smpai msia n apa yg aku boleh katakan sekarang adalah aku sgt lega... Aku dah xrisau org tak byr gaji aku, aku xrisau apa2 jd kt mak aku n aku xrisau kalau aku mati xde sape tau.... Huhu...

Mcm2 respon aku dpt bila blk sini, ada yg kata aku lembik sbb tahan 2 bln je n ada jugak yg kata lega sbb finally aku xpayah bersusah payah risk everything utk keje kt negara org. Tak kurang jugak yg tanya kenapa dh lama tak update blog...

Ok, sorry la, beberapa hari ni aku xberapa nk ada mood. Ye la, korg (yg tak pernah g petik buah tanpa permit yg sah) xakan tau apa perasaannya kt sana. 



Meh aku bgtau sikit sebanyak perasaan tu.
Yg pertama, ko sentiasa takut. Nmpk je kereta polis perut ko jd kecut, ko berpeluh2 tgn sejuk2.. Haha.. Ni bkn aku la, ni ada sorg abg tu.. Hehe.. Aku pun takut gak, tp masa tu aku pk, visa hidup lg, pusing je la cmne pun.. Tp mmg takut gak la... Xsenang ddk.

Lg satu, takut ko xdibayar. Takut tiba2 kontraktor or subkon kata ko ada hutang itu ini, bin ko bnyk rubbish bla bla bla...

Dan yg plg takut sekali pd aku adalah, apa2 jd kt org tersayang, aku xsempat blk or lg parah xboleh blk... Hmmm... Bila keadaan ko kt sesuatu tmpt tu tak stabil dr segi kewangan, mmg ketakutan inilah yg sentiasa menghantui ko.. Ada kata kalau kaya, sedara mara tunggang langgang kite buat tak tau je.. Utk itu, syukur alhamdulillah aku tak dikurniakan kekayaan yg mudah..

Jd aku pun blk lah tanpa bwk sebarang hadiah. Satu cenderahati pun aku xberani nk beli sbb takut duit yg aku bwk blk xcukup nk buat bayar rumah.. Hmmmm... 

Tp xpe la, sekurang2nya hati aku dr 1 sudut tu dah tenang.. Dan kebimbangan berkenaan kewangan tu biarlah aku risau bila tiba hujung bulan. Buat masa sekarang ini lah yg aku dpt 'hidangkan' utk korg.. Nukilan pengalaman yg tak seberapa di negara org.. 

Aku masih belum bermood utk cerita apa yg terjadi pd minggu terakhir sblm aku blk sini.. Nnt dh ada mood aku ceritakan k.. 

Dan tolong, kalau boleh lg sekali, bgtau la kawan2 yg nk g sana nnt, dgrlah nasihat aku... 

Bye...



Saturday, February 21, 2015

Petik buah kat Aussie (kembara bekas wartawan) part keputusan tak muktamad lg

Salam...

Masa entry aku yg pertama berkenaan petik buah ni, aku ada men 'judge' org kita yg tak smpai seminggu pick dh blk pakai tiket yg diorg beli, hari ni, aku nk tarik balik persepsi aku tu n mintak maaf bnyk2 kpd sesiapa yg tersinggung..

Skang, aku dh faham, diorg buat keputusan yg betul drpd terus menghabiskan duit kt sini lebih lama lg n bergelumang dgn drama2 tempatan australia ni.

Aku skang kt umah member kakak aku kt melbourne.. Aritu kan beriye nak blk sgt dah, sbb tu la kononnya nk lepak sini seminggu sblm blk next week sbb nk dpt tiket murah.





Kelmarin, jumaat, hari dpt gaji, diorg semua, iaitu abg2 grup aku decide nk lari dr neraka tomato n petik pear/peach/apple kt shepparton. N sbb tu aku amek keputusan utk blk sbb pd aku peluang tu dh abes.. Xperlu cuba lg.. Jd aku pun follow diorg lari mlm tu ke shepparton n pagi tu aku amek train ke melbourne ni.

Time tgh tggu kereta amek, kt umah kt echuca


Dlm train, aku borak dgn sorg brader indonesia ni, die pun keje kt tmpt baru diorg tu la.. Die nasihatkan aku jgn blk sbb kt tmpt pear tu boleh buat duit. Die kata kalau aku blk, aku bengap n akan susahkan mak bapak aku.. Hmmmmm... 

Pastu sorg drpd abg yg tgh petik kt sana plak, asek bg gmbr bin2 yg diorg dh penuhkan dlm masa xsmpai sehari.. Fyi, 1 bin dibayar 30 dolar.. N bro indo tu kata sorg kalau rajin boleh buat smpai 5 bin sehari.. Die pesan, aku putus asa sbb aku smpai sini dh jumpa tempat2 yg menyeksakan, tp shepparton tu tempat bagus katanya.. Gaji tak lmbt, xpernah tipu gaji as in potong duit konon sbb ada rubbish la ape la, n kontraktor xpaksa kita keje.. Kalau sehari n buat 1 bin n nk blk itu hak kita.. (Nmpk x aku dh goyang kt ctu)

 


BAGAIMANAPUN... Selepas aku dh dptkan nasihat drpd ahli keluarga dan org tersayang, n dh hampir 80% keputusan nk ditetapkan, td aku dpt tau, abang2 tu nk blk buat tomato blk kerana apa, KERANA TMPT BARU NI MINTAK DEPOSIT RUMAH N RUMAH KECIK CUMA ADA 2 BILIK SERTA DAPURNYA KECIK!!!! What the????????

Hello, bang, korg byr 75 dolar kt mamat melayu yg pick up kita tu, pastu angkut brg keluar rumah tgh2 mlm konon nk kenekan Sam Kemboja, now korg decide nk blk sana blk atas sbb di atas tu je? Adoyaiii... 

Sblm ni aku dh kata, jgn pindah, dh ok kt tomato cuma kita ada kontraktor yg gila, tp diorg nk gak pindah smpai aku amek keputusan nk blk msia la...

N seluruh dunia selama ni mengatakan wanita adalah makhluk Tuhan yg berakal pendek, dan sentiasa mengikut perasaan dlm membuat keputusan.. Sekarang apa cerita? 

Hmmmm.... Aku skang tggu sorg je lg bg pendapat, tmpt aku merujuk segala masalah sebelum boleh bg kata putus.. Tp dia tak bgn lg... Cepat la bgn wey...

Tp sape yg baca ni, n nk bg cadangan, dipersilakan.. Patut ke aku g sana n join dgn group lain utk kerja atau aku ptt balik je? Cadangan perlu berlandaskan realiti kehidupan di sini, aku sakit kepala dah ni nk pk.



Thursday, February 19, 2015

Dedikasi buat Mak Munah (sesi khas petik buah kt Aussie)


Dekat, bergaduh-gaduh
Jauh, adu meng-aduh...

Rindu, bertangguh2,
Sabar, hati tak butuh....

Tak sama, tak rasa,
Tak tahan, jiwa merana..

Orang pesan kau persetankannya, 
Orang ludah kau padan muka...

Jgn degil jd manusia, 
Jgn dah kena baru tersorok muka.

Penat kau, peluh kau,
Airmata siapa?

Dh tiba masa, 
Org tua yg dua, itu yg terutama,
Jgn ditinggal lg, nnt hilang xde pengganti..

Biar sekarang, jgn nanti2,
Biar pulang, legalah hati....

Friday, February 13, 2015

Petik buah kat Neraka Aussie (kembara bekas wartawan) part berhenti berharap

Assalam....

Dengan berat hati, hari ini 14 februari 2015, aku mengaku kalah dan mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari dunia perladangan di Australia yg penuh pancaroba ini.

Aku akui, bayaran 'cantik' utk abg2 yg keje hourly last week sbnrnya hanyalah utk mengabui mata kitorg spy terus membanting tulang empat kerat kitorg kt sini.

Smlm hari gaji, sepatutnya aku dpt sejumlah wang yg agak bnyk, tp selepas pelbagai alasan, aku cuma dpt 5.4 dolar je, lps tolak duit rumah 80dolar.

Kerani dr taiwan yg juga gundik kpd Sam Pekak bgtau, job hourly yg aku buat selama 8.5 jam last week diorg belum dpt invoice, so MAYBE next week hr jumaat br boleh dpt payment tu.

N utk petik tomato sos plak, kononnya drpd 172 boxes yg kitorg dpt buat, 13 boxes di declare sbg 'rubbish' n hari tu Sam pekak janji utk byr 3 dolar per box.. Sgt funny bila memikirkan, time byr 2.2 dolar n kerja 20 org yg di declare rubbish cuma 3 boxes, tp time keje 5 org, n dibayar 3 dolar, tiba2 rubbish jd 11 boxes!

Yg lebih menggembirakan adalah, ada 96 boxes yg kitorg buat hari selepas tu, katanya xde sape sign invoice, so xbleh bg payment...

So, smlm 4 org yg bekerja petik tomato tu termasuk 2 dr fiji dh decide takmo keje hari ni sbb sam kemboja paksa diorg buat 200 kotak dan terus kerja walaupun suhu cecah 41 darjah celcius. Kitorg 4 org lg yg buat wayar pun decide utk tak kerja hari ni, berikutan pembayaran gaji yg mcm ni... 

Owh, lupa nk mention, kat sini, gaji kene tolak GST 10%.. Hahahha... Which aku rasa farm lain takde tolak GST pun kt buruh2 diorg... 

Total rubbish n completely bullshit i must say.. This is the price i have to pay, for not having a working permit here.. So, i cannot say or do anything anymore. Aku just boleh ddk sini n wait for next Friday utk gaji yg xtau apa lg pulak die potong sblm aku boleh blk Msia... Sementara tu, aku juga berdoa agar xde imigresen or polis terlibat dlm hal ni.. 

Aku dh buntu, mereka2 yg aku kenal kt sini pun xberapa nak membantu, bila ditanya tak menjawab, terus senyap or whatever lah, xtau sama ada mls nk layan, terlampau penat atau mmg mereka ditakdirkan utk tidak membantu rakan sebangsa senegara seagama mereka kt sini or apa, waulahualam... Demi Allah, aku dh cuba yg termampu utk bantu atau menjawab setiap pertanyaan yg ditanyakan kpd aku selama aku kt sini, so yep, maybe being jobless back in Msia is better than having this kind of job here..

Sebulan, n i think thats enough. I'm gonna go home.. Australia is a shitty country for an illegal worker... Exploitation at it best! Tp nk salahkan sape? Selain diri sendiri, aku nk salahkan juga blogger2 penipu, ejen2 lahanat serta mereka2 yg tak pernah mention psl neraka yg aku kene hadap for this 1st few months.. Screw all of u, moga hidup korg tak aman..

P/s Al-Fatihah buat Allahyarham TGNA yg menghembuskan nafasnya yg terakhir mlm kelmarin.. 

Wassalam....

Tuesday, February 10, 2015

Petik buah kat Aussie (kembara bekas wartawan) part lets try again..

Assalam....

Lagi 3 hari nak cukup sebulan dah aku kt tanahair org ni.. Setakat ni, yg betul2 tercapai matlamat aku sepanjang kt sini adalah penurunan berat badan mendadak sebanyak 10kg... Keh3... Lg 10kg turun dpt la berat badan ideal yg aku impikan.. Kahkahkah...







Mcmana nk ckp ye.. Aku rs, kt sini semua org tak boleh dipercayailah, baik farmer, kontraktor, ejen lagilah tak boleh..

Nape aku ckp cmtu? Ha, last week kan aku ade bgtau boss Sam yg pekak tu kata aku ngn grup aku akan keje hourly n xpick buah lg dah lps 15 org lari tu.. Turns out, janji kosong je beb...

Yes, dua tiga hari dia bg hourly, lps tu smpai sekarang kitorg 5 org dikerah utk pick tomato utk sauce, hari2... Kaki aku dh xtau smpai bila bleh tahan, since mmg ada masalah sikit saraf kt bwh nuuu, n jari pun dh xrupa jari sbb mengangkat n menyusun box setiap hari..

Rendam kaki dlm air panas bg darah jalan.. Tskkk tskkk...


So, lps difikirkan n dipujuk oleh abg2 ni, aku rasa aku akan pertimbangkan utk melompat ke 1 lg destinasi terakhir sebelum mengundurkan diri dan pulang ke pangkuan ibunda di sana...

Tp xtau lg la jadi ke tak, sbb still tggu gaji last week aku kt Echuca ni n tggu status gaji org kt sana tu, kena hold seminggu or tak? Sbb kalau hold seminggu, aku taknak stay... Sbb utk apa aku mengadap bende sama, lgpun duit dh abes aku transfer utk byr mcm2 kt sana..

Nk citer psl duit plak la. Td aku buat akaun commonwealth bank, kononnya utk mudahkan transfer duit la, xsangka rupenya proses die rumit. Sistem kt sini aku rs lg jauh ketinggalan berbanding kt negara kita.. Dengan teller die xtau beza i dgn j n 1 dgn 6, rasa cam nak tanggalkan je bulu mata palsu yg dia pakai td..
Dh la cmtu, nk transfer online, minimum bleh transfer adalah 500aud.. Hahahha.. Aku ada 150 je td beb... So terpaksa la ke kaunter, n die cas 30aud utk each transaction which hanya akan clear ke acc recipient 3 or 4 hari lg.. Ughhh susahnya..

Lps dh setel hal bank, kitorg g la bundle kt area Rochester ni, n 1 bundle ni sblh post ofc, aku pun tergerak nk g ctu n ternmpk pamphlet western union, aku xtau bende tu boleh transfer terus dlmakaun n cas 10 aud je!! Sbb kontraktor aku btau, recipient kene amek duit tu kt mana2 premis western union je! Arghhhh.. Tensennya.... Xpe la, pengalaman aku ni sekurang2nya boleh guide korg yg degil nk dtg sini gak tu.

Haaa pasal bundle plak, hehe.. Aku beli kasut reebok harga 1.5 aud je... Ngeeeee.. Pastu kitorg kongsi duit beli dvd player harga 8 aud.. Ahahahha... Jenama sony tau, bkn cikai2..

Bila bundle msia nk bg harga cmni kt customer?

Juice 2 liter harga xsmpai 2 dolar.. MALAYSIA!!!! Ada beran???


So, ini je lah nk bgtau sbnrnya. Badan sgt letih, mental sgt down.. Tp dh malas nk bising2... Hmmm.. xpe, aku cuba lg la.. Mana la tau, kot2 ada rezeki aku kt tmpt tu.. Aminnnn.. 

Friday, February 6, 2015

Petik buah kt Aussie (kembara bekas wartawan) part which is better than before

Assalam....

Hari ni, hari ke 25 aku kt aussie, n hari ke 13 kt Echuca.. Sblm ni posting aku psl aku dh nk give up n nk blk msia.. Hari ni, peratusan utk blk tu mcm dh berkurang sikit... Kepenatan bertambah2, cuma rasa nk blk dh agak kurang.



Nk tau kenapa? Sbb rasanya things dh better sket.. Kerja mmg still berat, tp at least abang2 geng aku ni dh dpt duit gaji diorg, so aku lega sket.. #diorgdptgajiakuyglega

Bkn la, sbb start minggu ni aku dh mula kerja hourly.. Under boss sam yg pekak tu, ala, yg omputih tu... 

Citernya cmni, 4 hari lepas, boss tu gtau, die nk amek kitorg lima org keje directly bwh die utk 6 bln ni.. Hourly, every day...

Tp, sehari lps die ckp tu, tiba2 kitorg kene petik tomato plak.. Hmmm.. Lg la kuat aku nk blk sbb rasa cm kena tipu, tp pastu boss sam ni janji, 1 box utk kitorg hari tu die bg 3 dolar compared to 2.7 dolar sam kemboja nk bg.. Tp aku mls nk pk, petik punya petik, dpt la 32 box.. Kira la sendiri dpt berapa. Tp time tu hati dh xde kt sini, dh check in dh kt airport.. Hehe...



Bayangkan la, 1 tmpt tu kitorg 5 org je keje sebab semua yg lain lg 15 org dh lari ke shepparton buat pear, katanya tak tahan kt sini xleh buat duit.. Diorg ajak aku, tp since aku dh xde rasa nk keje n abg2 ni semua belum dpt gaji smlm, aku pun tolak la diorg punya offer tu.



Ooo... Kitorg keje 5 org, kitorg la petik, kitorg la angkat, kitorg la susun.. Huuuu... Tercabut wey semua yg boleh tercabut.. Tp alhamdulillah, hr ni lps keje hourly 6 jam, boss sam dtg umah bg abg ni gaji n reconfirm yg die byr 3 dolar per box.. Syukurrrrrr ya rabb..



Kerja hourly yg aku buat skang ni adalah potong dawai clip kt batang batas... Dengar mcm senang kan, cuba korg jalan setiap 5 meter then menunduk/mencangkung utk potong dawai pakai cutter sejauh kira2 150 meter? Setiap batas tu aku amek masa 15-25 minit utk siapkan.. Tp at least lg ok la kot dr petik tomato ground or sos.. Hehhe.. Pecah2 gak la jari n tumit kaki aku buat keje ni.. Oooo lupa nk mention, suhu hr ni 35 darjah celcius, esok dijangka 39.. Wuwuwuwuuwwu.. For 13 dolar per hour, this is what u have to go through... Could u? Would u?





Hmmm... Ini adalah malam yg sgt panas, skang pun 34 darjah... Malangnya lelaki malaysia, melayu terutamanya mmg dilahir sbg org yg tak gentleman, kt umah ji ada 2 kipas, dua2 diorg kaut n letak dlm bilik diorg, so aku kepanasan... 

Time makan, sblm aku bijak beli ayam seketul2 diorg beli ayam sekor, lps potong2, aku akan dpt bahagian plg kecik.. Telur dadar pun cmtu gak, aku mesti dpt plg kecik.. Kalau omputih kan selalu pakai konsep ladies first, tp mungkin sbb perwatakan aku cmni, so aku tak dikira ladies la kot.. Hahaha... 

Lelaki melayu ni time nk ngurat je kekonon gentleman, lps2 tu, lantak ko la perempuan...

Apa2 pun syukur alhamdulillah Tuhan makbulkan permintaan aku... Walau tak bnyk, tp still sgt2 bermakna buat aku... Dh boleh aku katakan sinar tu semakin nmpk.. Alhamdulillah... 

Thanks sgt2 kpd semua yg bg sokongan n semangat... Perlu diingatkan, lps ni aku harap xde la lg siri2 meroyan sbb takleh survive kt sini, tp kalau ada, pls bare with me... Doa kalian sgt aku hargai...


Assalam...

Monday, February 2, 2015

Petik buah kat Aussie (kembara bekas wartawan) part to give up or not to give up

Assalam.... 

Ai iz sad... Ai think i'm going to give up.. Slps seminggu kt echuca, kontraktor ok, payment pun dh dpt, tapiiiiiiii............. Kerja mcm biskut mery.. Jap ada jap xde... N selalunya xada... Uncle sam kata next week dh start pick tomato for sauce, sy akan tggu smpai next week, if xde keje, sy rasa sy akan blk malaysia...

Rumah baru


Ada kereta, umah n lotsa loan aku kena byq... Ai kenot stay here n byq umah seminggu 80 dolar kalau seminggu cuma dua tiga hari je keja... Haih... Ini dugaan hebat.. Dilema... 

Diorg iaitu kwn2 kt sini pujuk aku utk crk tmpt lain, which aku rasa nasib aku akan sama ja.. N adik beradik pun dh suruh blk, aku rasa mmg aku kena blk..

Ini adalah 'keputusasaan' aku yg sgt2 susah utk aku 'putuskan'. Ye lah, selepas berhabis hampir 7k utk ke sini, dgn harapan tinggi menggunung nk kumpul duit, tp mcm ni jdnya... Aku rasa mcm aku dh let semua kwn2 aku down. Sorry...





Jd, sementara aku masih kt sini, aku sekali lagi nk nasihatkan, kalau nk jugak dtg sini, sila buat persediaan yg mencukupi. Byr semua komitmen kt malaysia tu, at least utk dua bln yg ke hadapan.. Supaya tak pening mcm aku skang.. Aku skang ni ibarat diluah mati emak ditelan mati bapak.. Blk sengkek, stay lg sengkek.

Buntu beb...

JANGAN PAKAI EJEN TERUTAMANYA YG NAMA DIA MIE KAJANG/MIE BANGI.. Die xpedulik pun ko ada keje ke, ada duit ke, yg dia tau, dia dpt duit dia pastu dia sedap2 makan duit kita kt sana.. Jaga kau, Tuhan maha adil, menjawab nnt kt Sana k...

Ni la ejen tu, xigt nama penuh, tp org kelantan, naik estima plat johor.. Ddk taman reko kajang..


Oh, btw, tuan tanah kedaung umah aku ddk ni nama dia sam gak.. Dia ni dtg dr ireland, so faham2 je la slang dia tu cmna. Tambah plak dia ni pekak, tp pakai hearing aid tu la.. Dia kata aku punya english bagus.. Hahahahahhahahahaha.. Owww really?

Belah kiri tu la boss sam, yg pekak tu..


Pastu ada lg sorg pakcik, nama dia collin.. Td siang dtg sini nk crk coin lama die depan umah pakai metal detactor tu.. Aku pun ddk je la kt beranda umah n baca buku, n dia pun dtg ajak borak, dia pun kata english aku 'quite good'.. Ok, boleh la blk kang lapor diri kt Malay Mail.. Kekekekekke..

Collin siap tanya, aku belajar english kt mana, sbb dia kata all malaysian yg die jumpa semua xreti ckp omputih sgt, selalu suruh dia 'talk slowly'.. So aku gtau la, kita kt msia belajaq dr sekolah rendah.. N die tak jumpa lg kwn2 aku, nama dia Linda, Maggie, Nadirah dll.. Semua english power! Cuma msian ni masalah dia takut nk ckp, ya la, jaga grammar, jaga apa segala bagai smpai apa2 pun xkluaq dr mulut.. Sama la aku jugak, kalau kt msia tu, aku xberani nk ckp omputih sbb kebanyakan rakan2 kt sana, or org kita la senang ckp, suka bahan n gelakkan org..

Ok lah, doakan la aku ada kerja yg mendatangkan hasil kt sini dlm masa terdekat ni.. Penat dh la mkn telur n sardin hari2.. Nk gak mkn ayam bbq or ikan salmon sekali sekala.. Hmmm.. Doakan k?

Muka brader kemboja ni cam ibrahim abu shah, betul, xtipu..



Mmmuaaahhhh, lebiu!

Assalam!

Thursday, January 29, 2015

Petik buah kat Aussie (kembara bekas wartawan) part mentari muncul lg

Assalam.... 

Hari ni aku xkeje, sbb sakit badan.. Huhu.. Mengadanya.. 

Sbnrnya aku amek keputusan utk tidak bekerja hari ni memandangkan hari ni adalah harijadi aku yg ke 31. Aku berhenti drpd berasa penat utk sehari bg meraikan hari ni, seorang diri..

Abaikan muka comot sbb mmg br bgn dr katil xcuci muka (sbb sejuk) n terus buat breakfast.


Bgn pagi td kul 430 pagi, then tido blk smpai kul 6. N smpai skang xleh tido dh.. Pttnya g keje je td, ye dok?? 😓😓

Ok, biar aku bgtau keadaan pekerjaan aku kt sini mcmana. Boleh dikatakan utk 2 minggu pertama ni kitorg buat apa saja kerja part time yg ada sebelum tggu job yg betul2 iaitu petik tomato utk sos..

Yg skang ni, kitorg buat mcm2, termasukla buat wiring utk batas pokok tomato, buat dawai spring, petik buah olive, petik tomato cherry, n ground tomato utk makan..

I tell u, buat ground tomato mula2 mmg xrasa apa2, now dh kali kedua aku buat, lutut, pinggang, n belakang mmg rasa cm nk tercabut.. Hehe..

Kalau dulu pokok anggur kene menahan berdiri berjam2, ni ko kene mencangkung, duduk or buat la apa aja utk dptkan buah kt batas atas tanah tu.. Ko kene selak, kene korek n kalau terpaksa kene gak patahkan pokok tomato tu dan buat2 xtau utk dapatkan buah die.

Bayaran die, 1 bin 62 dolar, sepatutnya 65, tp disebabkan Sam ni sub je keje ni, jd kontraktor lain dh makan lg 3 dolar each bin. 

1st day, aku buat ground tomato cherry, yg besar tp bulat tu.. Kongsi 4 org, dptla 2 bin setengah.. Korg kiralah sendiri berapa aku dpt dibahagikan 4. Hahaha.. Still nk dtg sini lg? Pastu kelmarin buat tomato cherry, haaaa.. Yg ni boleh carik mkn sikit, 1 bucket die bg 7 dolar.. Aku henjut dpt la 11.5 bucket.. Tu pun Sam tlg setengah bucket n zack tlg setengah lg.. Kah3.

Cherry tomato..


Tomato bin.. Besor gajah...


Smlm buat blk ground tomato, tp bkn yg bulat, yg lonjong2. Mula2 aku berangan nk buat sorg, tp, br dpt 8 bucket aku dh xlarat n rasa nk buat 1 bin 38 bucket tu sensorg mcm tak realistik, so aku bergabung dgn abg dr grup lain ni sorg. Bila semua org dh dpt 3 bin, kami berdua br dpt 1 bin setengah n nk stop, sekali, Sam marah, dia suh dptkan lg setengah bin tu.. Adoyai... Rasa cm nk nangis je time petik tu.. Hahahah... Mmg lembik la kitorg... Tp bgs la, Sam ckp, 'u come here to make money, so i want u to make money'.. Mmg cam bapak2... Alhamdulillah, sorg dpt 1 bin.. Heeeeee....

Pakcik Sam ni belanja aiskrim smlm, kelmarin belanja potato chip, sehari sblm tu belanja vanilla coke.. :p

So, hari ni diorg buat ground lg, tu pasal aku xsggp.. Rehat dl la, esok smbg blk..

Sam ckp, kerja sebenar kitorg adalah petik tomato utk sos, die kata yg itu betul2 boleh buat duit. Last yr, dia kata ada sorg mexican dpt buat 1200 dolar seminggu.. N dia ckp kt aku, 'i cant force u to stay if u wanna go, but think abt it, if he can get 1200 in a week, what makes u think that u cant get more than 500 a week?'

Aku rasa aku dh kt tmpt yg betul, cuma yes letih bnyk, bkn sikit2.. Huhu.. Hopefully aku xperlu lari g mana2 lg dah, sbb aku dpt rasakan Sam is a good guy.. Cuma slow sikit sbb die dh tua.. Hehe...

Buat bende ni for 2 bulan je n then Sam akan bg aku keje lain kot..

Btw, kalau nk dtg aku nasihatkan korg dtg by group, n dgn geng yg org yg sekepala.. Nnt ssh bab pembahagian duit utk makanan, utk beli mcm2 la.. Sbb ada gak sesetengah org tu kaki ngelat, n bila ko dh stuck kt group tu, ko xleh nk buat apa2. Amat penting jugak crk geng2 yg berfikiran positif n tak cpt mengalah dlm membuat sesuatu pekerjaan.. Dn jgn pegi dgn org yg bengap tak boleh diajar atau sombong bongkak baru dtg sini 4-5 bln dh mcm 12 tahun.. Heheh.. Chiowww...

Motel tmpt aku ddk


P/s kt motel ni mmg kebajikan pelanggan tak terjaga, air panas xde, gas xde, peti sejuk xde rack.. Haha.. Pandai2 la nk ejas utk amek air semayang kul 10 mlm n 4 pagi.. 

Assalam...