Thursday, March 12, 2015

Petik buah kat Aussie (kembara bekas wartawan) episod terakhir part 1.. Eh eh eh...

Salam...

Daripada Abu al Abbas berkata; aku mendengar Abdullah Bin Umar berkata, seorang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w meminta izin untuk pergi berjihad, sabda Nabi s.a.w “Adakah kedua ibu bapa engkau masih hidup ?” dia menjawab ya ! sabda Nabi s.a.w “Berkhidmatlah pada mereka berdua kerana itu juga adalah jihad”



Aku tak igt mana aku jumpa ni, tp aku terjumpa ayat ni masa aku berbelah bagi sama ada nak blk or nk stay hari tu..

Btw, ini dh hari ke 5 aku smpai msia n apa yg aku boleh katakan sekarang adalah aku sgt lega... Aku dah xrisau org tak byr gaji aku, aku xrisau apa2 jd kt mak aku n aku xrisau kalau aku mati xde sape tau.... Huhu...

Mcm2 respon aku dpt bila blk sini, ada yg kata aku lembik sbb tahan 2 bln je n ada jugak yg kata lega sbb finally aku xpayah bersusah payah risk everything utk keje kt negara org. Tak kurang jugak yg tanya kenapa dh lama tak update blog...

Ok, sorry la, beberapa hari ni aku xberapa nk ada mood. Ye la, korg (yg tak pernah g petik buah tanpa permit yg sah) xakan tau apa perasaannya kt sana. 



Meh aku bgtau sikit sebanyak perasaan tu.
Yg pertama, ko sentiasa takut. Nmpk je kereta polis perut ko jd kecut, ko berpeluh2 tgn sejuk2.. Haha.. Ni bkn aku la, ni ada sorg abg tu.. Hehe.. Aku pun takut gak, tp masa tu aku pk, visa hidup lg, pusing je la cmne pun.. Tp mmg takut gak la... Xsenang ddk.

Lg satu, takut ko xdibayar. Takut tiba2 kontraktor or subkon kata ko ada hutang itu ini, bin ko bnyk rubbish bla bla bla...

Dan yg plg takut sekali pd aku adalah, apa2 jd kt org tersayang, aku xsempat blk or lg parah xboleh blk... Hmmm... Bila keadaan ko kt sesuatu tmpt tu tak stabil dr segi kewangan, mmg ketakutan inilah yg sentiasa menghantui ko.. Ada kata kalau kaya, sedara mara tunggang langgang kite buat tak tau je.. Utk itu, syukur alhamdulillah aku tak dikurniakan kekayaan yg mudah..

Jd aku pun blk lah tanpa bwk sebarang hadiah. Satu cenderahati pun aku xberani nk beli sbb takut duit yg aku bwk blk xcukup nk buat bayar rumah.. Hmmmm... 

Tp xpe la, sekurang2nya hati aku dr 1 sudut tu dah tenang.. Dan kebimbangan berkenaan kewangan tu biarlah aku risau bila tiba hujung bulan. Buat masa sekarang ini lah yg aku dpt 'hidangkan' utk korg.. Nukilan pengalaman yg tak seberapa di negara org.. 

Aku masih belum bermood utk cerita apa yg terjadi pd minggu terakhir sblm aku blk sini.. Nnt dh ada mood aku ceritakan k.. 

Dan tolong, kalau boleh lg sekali, bgtau la kawan2 yg nk g sana nnt, dgrlah nasihat aku... 

Bye...



No comments:

Post a Comment