Saturday, August 19, 2017

kehadapan sahabat baikku Nur Iliyana Mohd Nor....

Terima kasih.

Aku doakan kau sentiasa dilindungi Allah SWT.
Aku doakan kau sentiasa dijauhkan daripada malapetaka.
Aku doakan kau dikurniakan kesihatan yang baik.
Aku doakan kau bahagia dunia akhirat

Selamat Hari Jadi yang ke-29 in advance
Lagi 11 hari. Takpe kan?

Maaf atas segala kata yg terucap
Maaf atas segala salah dan silap

When u finally realize the truth, i will
be here waiting for u.
Coz i still love you, and will always do.

Wednesday, May 6, 2015

penyimpan porno kanak2 vs ketua pelajar UM yg lantang

Assalam...

Apa yg terjadi kt negara aku ni sekarang sgt2 mengganggu fikiran. Dgn mcm2 kenyataan bodoh dikeluarkan menteri2 yg sepatutnya membela nasib rakyat, dgn kenaikan kos hidup yg semakin membebankan, dgn kejadian lumba haram yg mengorbankan tiga sekeluarga kt highway DUKE. 

Aku pasti, ramai jugak yg berperasaan mcm aku n merasakan sudah tidak guna membuka mulut dan biarkan saja pihak tertentu mengambil tindakan sendiri utk menyelesaikan perkara2 ini.

Tp, bila aku terbaca pasal kejadian student genius oversea yg dibela MARA dgn alasan dia adalah aset negara, marah aku mcm dh xboleh dibendung lg.

Kesalahan budak genius tu bukanlah kesalahan mencuri lolipop atau handbag di shopping mall. Ataupun kesalahan download movie biasa secara free. Tp kesalahan dia tu dh jelas menggambarkan keadaan mentalnya yg boleh membahayakan masyarakat seantero dunia.

Tidakkah pihak MARA, atau sesiapa pun dlm kerajaan msia pernah terfikir, apa bakal terjadi sekiranya aset negara ini dibiarkan bebas bercampur dgn manusia normal lain? Apatah lg kanak2 yg tidak tahu apa2.

Tahukah anda apa yg terjadi kepada mangsa penderaan seksual kanak2? Kesannya terhadap mereka? Kesannya ialah, ianya mengganggu mental sehingga ke akhir hayat mereka. Malah ada yg mengambil keputusan menamatkan sendiri hayat mereka selepas imej2 kejadian yg menimpa mereka tidak dpt dibuang dr kotak fikiran.

Ada juga yg masih menangis teresak2 setiap kali teringat kejadian ketika ditikar sembahyang. Bg yg tidak tahu apa perasaannya, bayangkan trauma dirompak atau diragut, dan gandakan dgn 100, itulah trauma yg dihadapi mangsa serangan seksual kanak2.

Dan trauma ini adalah lebih sukar dihadapi apabila pelakunya adalah terdiri dlm kalangan darah daging sendiri. Lebih parah apabila ahli keluarga lain yg mengetahuinya hanya berdiam diri dan menuduh mangsa sebagai mengada2 kerana terlalu memikirkan apa yg terjadi.

Aku harap, menteri2 dan juga org2 MARA ini bayangkanlah, kalau salah satu drpd rakaman yg disimpan aset negara itu adalah rakaman anak kecil mereka yg dirogol atau dipaksa melakukan hubungan seks. 

Hantarlah aset negara itu ke yaman, mekah, atau mana2 saja asalkan dia mendapat didikan agama, bukan bawanya pulang ke msia dan merisikokan org lain.

Tak nampakkah memang ada sesuatu yg tidak kena apabila ketua pelajar di UM dibuang U hanya kerana dia menyuarakan pendapatnya ttp seorang pelajar yg mmg mempunyai masalah mental dibiarkan bebas ditaja?

Monday, April 13, 2015

Despatch-project manager-reporter-fruit picker-driver

Assalam....

Pastinya ramai yg tersenyum sinis melihat tajuk posting aku pada kali ini, dan terdetik di dalam hati mereka, 'padan dgn muka kau, dh elok2 hidup senang kau pilih jalan susah'...

Ehem.. Ehem... Berapa pastikah engkau yang hidup aku sekarang susah?

Tahukah engkau beza antara hidup susah dan senang?



Nanti kau akan tau juga akhirnya.

Cuma sekarang yang aku nk timbulkan adalah, kenapa aku pilih jalan ini sedangkan dulu pun aku pernah laluinya...

Rakan2, pada aku, senang itu bukanlah dapat dinilai dr segi harta. Bagaimana dgn masa? Bagaimana dgn diri kita? Senangkah kita mempunyai gaji tinggi (walau bnyk hutang) tp ibu bapa yg uzur tidak terjenguk walau sekali sekala?

Senangkah kita, kalau memakai barangan tulen, limited edition, sedangkan hati rakan yg kurang berkemampuan terhiris dengan sindiran dr mulut kita?

Senangkah kita, dibenci orang bawahan sedangkan mereka sepatutnya menghormati kita?

Ya, dulu aku berkemampuan, tp, aku tak mampu sebenarnya. Aku tak mampu merendahkan diri dan meletakkan diri aku sebaris dgn rakan2 yg tidak berada di kedudukan aku pd ketika itu. Senang kata, aku lupa diri. 

Ayat yg selalu keluar dr mulut aku adalah, "ahhhhh... Semua org aku dh jumpa, eyyy.. Setakat mcm kau ni, xde bendelah"

"Ceh.. Apa barang spek tak original, aku punya spek beribu2 harga tau x?" <--- ayat ini, selalu bermain dlm hati, dan utk itu, aku taknak tersasar jauh lg. 

Aku xmau jd mcm mereka2 yg mencaci pemergian aku memetik buah tempohari.. Jelas sekali, kau tak pernah merasa dan berjumpa semua org lg..

Tak apalah, sekarang aku punya masa sekiranya ibu bapa aku minta mahu berjumpa, aku tidak pernah berlapar, dan kucing2 aku semuanya gembira. 



Dan yg paling utama, aku tidak lg perlu memikirkan betapa hinanya pekerja2 kelas bawahan. Pada aku, inilah kesenangan.. 😊