Wednesday, May 6, 2015

penyimpan porno kanak2 vs ketua pelajar UM yg lantang

Assalam...

Apa yg terjadi kt negara aku ni sekarang sgt2 mengganggu fikiran. Dgn mcm2 kenyataan bodoh dikeluarkan menteri2 yg sepatutnya membela nasib rakyat, dgn kenaikan kos hidup yg semakin membebankan, dgn kejadian lumba haram yg mengorbankan tiga sekeluarga kt highway DUKE. 

Aku pasti, ramai jugak yg berperasaan mcm aku n merasakan sudah tidak guna membuka mulut dan biarkan saja pihak tertentu mengambil tindakan sendiri utk menyelesaikan perkara2 ini.

Tp, bila aku terbaca pasal kejadian student genius oversea yg dibela MARA dgn alasan dia adalah aset negara, marah aku mcm dh xboleh dibendung lg.

Kesalahan budak genius tu bukanlah kesalahan mencuri lolipop atau handbag di shopping mall. Ataupun kesalahan download movie biasa secara free. Tp kesalahan dia tu dh jelas menggambarkan keadaan mentalnya yg boleh membahayakan masyarakat seantero dunia.

Tidakkah pihak MARA, atau sesiapa pun dlm kerajaan msia pernah terfikir, apa bakal terjadi sekiranya aset negara ini dibiarkan bebas bercampur dgn manusia normal lain? Apatah lg kanak2 yg tidak tahu apa2.

Tahukah anda apa yg terjadi kepada mangsa penderaan seksual kanak2? Kesannya terhadap mereka? Kesannya ialah, ianya mengganggu mental sehingga ke akhir hayat mereka. Malah ada yg mengambil keputusan menamatkan sendiri hayat mereka selepas imej2 kejadian yg menimpa mereka tidak dpt dibuang dr kotak fikiran.

Ada juga yg masih menangis teresak2 setiap kali teringat kejadian ketika ditikar sembahyang. Bg yg tidak tahu apa perasaannya, bayangkan trauma dirompak atau diragut, dan gandakan dgn 100, itulah trauma yg dihadapi mangsa serangan seksual kanak2.

Dan trauma ini adalah lebih sukar dihadapi apabila pelakunya adalah terdiri dlm kalangan darah daging sendiri. Lebih parah apabila ahli keluarga lain yg mengetahuinya hanya berdiam diri dan menuduh mangsa sebagai mengada2 kerana terlalu memikirkan apa yg terjadi.

Aku harap, menteri2 dan juga org2 MARA ini bayangkanlah, kalau salah satu drpd rakaman yg disimpan aset negara itu adalah rakaman anak kecil mereka yg dirogol atau dipaksa melakukan hubungan seks. 

Hantarlah aset negara itu ke yaman, mekah, atau mana2 saja asalkan dia mendapat didikan agama, bukan bawanya pulang ke msia dan merisikokan org lain.

Tak nampakkah memang ada sesuatu yg tidak kena apabila ketua pelajar di UM dibuang U hanya kerana dia menyuarakan pendapatnya ttp seorang pelajar yg mmg mempunyai masalah mental dibiarkan bebas ditaja?

1 comment:

  1. Setuju sangat..hantar die buat treatment ke..don't let him loose just like that. This is somekind of mental illness..bahaya

    ReplyDelete