Saturday, August 25, 2012

Tragedi 5 Syawal

Tak pernah terbayang dek akal, aku mampu menitiskan air mata demi nenek yg dh terlalu lama aku musuhi.
Bertahun2 dia meminta kemaafan dariku, nak taknak aku berikan tanpa ikhlas.
5 Syawal tatkala menerima berita rumah tinggalan arwah atuk yg dibinanya sendiri sejak 60 tahun lalu hangus tinggal abu, aku berbelah bagi antara pulang ataupun tidak, beritahu emak, atau rahsiakan bimbang emak diserang sakit jantung kerana dia mmg sdh tidak sihat.
Lantas aku ketepikan marahku, dan pulang memecut kereta kesayanganku. Tiba di tempat kejadian, nenek tersenyum kelat ke arah aku, aku dtg kpdnya lalu ku salam, ku peluk dan ku cium pipi dan dahinya. Dia menangis.. Ya Allah, dugaan apakah yg kau berikan utk si tua ini. Namun aku percaya akan ada yg lebih baik dariMu utk nenek kandung yg tak pernah aku sygi sblm ini...
Kenangan rumah itu, walaupun buatku jarang2 ada yg indah, namun kini hilang sekelip mata, ukiran2 tgn arwah atuk, brg2 antik yg dikumpulkan semasa hayatnya, hilang hancur musnah begitu saja..
Aku harap kesedihan ini bakal hilang kerana berat dada ini memikirkan.

No comments:

Post a Comment